Saturday, 29 December 2012

NAMA-NAMA BAYI YANG DILARANG DALAM ISLAM

Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang bodoh
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan
Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang bodoh, bebal
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar
Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan
sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya
Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan
Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan
Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong
Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan
menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu
dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan,
umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

Friday, 21 December 2012

misteri angka kelahiran manusia menurut AL-QURAN

Tarikh lahir : Sebelas [padanan Juz & Surah : Juz 11 & Surah At-Taubah (ayat 94-129), Yunus (ayat 94-129) dan Hud (ayat 1-5)]
Orang ini kemungkinan akan membesar menjadi individu yang cepat menyesuaikan diri, mempunyai banyak cara untuk keluar dari masalah, setiap kemahuannya perlu dipenuhi, licin dan cerdik, tidak dapat dikawal dan sukar diatur, serta mudah membantah dan banyak alasan . . individu ini juga amat menyukai berbagai keindahan dan berbakat menjadi seniman . . individu ini juga sering diperlukan ramai Orang, mudah menerima, berhati - hati dalam melakukan sesuatu, tidak banyak kemahuan, pasif, kadangkala diremehkan dan peka perasaannya . 


Tarikh lahir : Dua belas [padanan Juz & Surah : Juz 12 & Surah Hud (ayat 6-123) dan Yusuf (ayat 1-52)]

Orang ini akan membesar menjadi manusia yakin pada diri, mempunyai sifat Optimis yang tinggi, tekun, teliti, disukai ramai Orang, emOsiOnal, tidak mudah percaya, tidak dapat menahan keinginan dan sekaligus bercita-cita tinggi . . individu ini juga bOleh membesar menjadi Orang yang mahir dalam menyusun strategi sehingga amat tepat jika diarahkan untuk menjadi seOrang ahli pOlitik . . 


Tarikh lahir : Tiga belas [padanan Juz & Surah : Juz 13 & Surah Yusuf (ayat 53-111), Ar-Ra'd (ayat 1-43), Ibrahim (ayat 1-52) dan Al-Hijr (ayat 1)]

Orang ini cenderung menjadi individu yang mempunyai berbagai bakat dan kOmpleks . . diaa bOleh membesar menjadi seOrang pemikir, berkeperibadian dinamis, menyukai perbezaan, mudah menarik perhatian, suka berfikir lOgik, suka berdebat, namun panas baran dan cenderung lambat memahami sesuatu . . selain itu, yang berkaitan juga bOleh membesar menjadi pemimbing yang baik, patuh pada peraturan, keras dan tegak, banyak rancangan dan sanggup berkOrban . . 


Tarikh lahir : Empat belas [padanan Juz & Surah : Juz 14 & Surah Al-Hijr (ayat 2-99) dan An-Nahl (ayat 1-128)]
Orang yang lahir pada tarikh ini akan membesar menjadi manusia yang sempurna, keras kepala, dabar tetapi mudah gOyah pendirian dan mudah dipengaruhi . . selebihnya, Orang ini biasanya juga termasuk individu yang rajin dan tekun, ramah, peka pada suasana disekitarnya, berjiwa sOsial, pandai memanfaatkan kesempatan, rapi tetapi cerewet, sensitif, agak sukaa merajuk dan pendendam . . 


Tarikh lahir : Lima belas [padanan Juz & Surah : Juz 15 & Surah Al-Isra' (ayat 1-111) dan Al-Kahfi (ayat 1-74)]
Orang ini akan membesar menjadi individu yang ideal, mempunyai banyak idea, suka berkhayal, emOsiOnal, serta lebih prOduktif jika melakukan aktiviti pada waktu malam (kegiatan yang baik dan bermanfaat) . . selain itu, yang berkaitan juga berkemungkinan akan mempunyai sifat, seperti suka menOlOng, dapat menjadi pemerhati yang baik, pandai menyimpan rahsia, tidah mudah percaya, suka memendam masalah dan mengurung diri dan sukar diteka tujuannya . . 


Tarikh lahir : Enam belas [padanan Juz & Surah : Juz 16 & Surah Al-Kahfi (ayat 75-269), Maryam (ayat 1-98) dan Thaha (ayat 1-135)]

Orang ini insyaAllah akan membesar menjadi individu yang penuh dengan sifat mendidik, namun bersifat keanak-anakan . . individu ini cenderung menyukai kanak-kanak, suka mengajar, sabar, mempunyai banyak cara dalam menyelesaikan masalah, bercakap berdasarkan bukti, namun sayangnya sering difitnah . . selain itu, Orang yang lahir pada tarikh ini juga cenderung bersikap misteri, suka musafir, dapat memegang teguh peraturan, tetapi sekaligus suka lari dari masalah . . 


Tarikh lahir : Tujuh belas [padanan Juz & Surah : Juz 17 & Surah Al-Anbiya' (ayat 1-112) dan Al-Hajj (ayat 1-78)]

Orang ini lahir pada tarikh ini kemungkinan akan membesar menjadi individu yang bertanggungjawab, berbakat menjadi seOorang pemimpin dan pemikir, dapat menjadi pendengar yang baik, dapat bersikap menerima apa adanya (ikhlas), namun tidak mempunyai banyak kemahuan . . selain itu, Orang yang lahir pada tarikh ini cenderung beranggapan segala perlu sempurna, mudah dipengaruhi, mudah terpengaruh, terburu -buru ingin segera sampai pada tujuan, menyukai kemeriahan dan sering berfikir yang muluk . . 


Tarikh lahir : Lapan belas [padanan Juz & Surah : Juz 18 & Surah Al-Mukminun (ayat 1-118), An-Nur (ayat 1-64), Al-Furqan (ayat 1-20)]

Orang ini akan membesar menjad individu yang nOrmatif, sensitif, bersifat feminin, fanatik pada sesuatu yang dia yakini, namun mudah terusik emOsinya . . selain itu, yang berkaitan juga termasuk Orang yang mudah memberikan jalan keluar, cermat memilih masalah, dapat menjadi pendengar setia, namun mudah tersinggung, suka mengungkit-ungkit, serta mudah menyalahkan . . 


Tarikh lahir : Sembilan belas [padanan Juz & Surah : Juz 19 & Surah Al-Furqan (ayat 21-77), Asy-Syu'ara (ayat 1-227) dan An-Naml (ayat 1-59)]

Orang yang lahir pada tarikh ini kemungkinan akan membesar menjadi peribadi yang sentiasa mempunyai skala priOritas dalam berbuat, gemar membandingkan, spOntan dalam bercakap, namun kurang inisiatif dan tidak banyak kemahuan . . selain itu, yang berkaitan juga cenderung pandaimengambil hati, namun suka berbelit-belit, kurang berani untuk menyampaikan keinginan, agak cerewet, tidak banyak keinginan, rOmantik dan mudah bekerjasama . . 


Tarikh lahir : Dua puluh [padanan Juz & Surah : Juz 20 & Surah An-Naml (ayat 60-93), Al-Qashash (ayat 1-88) dan Al-'Ankabut (ayat 1-44)]
InsyaAllah Orang ini membesar menjadi individu yang mempunyai naluri kuat, mempunyai rancangan yang baik, pandai memanfaatkan peluang, sukar bekerja sendiri, mudah panik, tidak dapat disalahkan, mudah tersinggung dan tidak bOleh ditentang . . selain itu, yang berkaitan juga cenderung berani menyampaikan keinginan dan pendapat, dapat memegang kOmitmen, mudah bergaul, tidak pernah kehabisan bahan perbualan, rOmantik, namun juga pendendam, emOsiOnal dan suka cemburu . . 

Nama Yang Baik Untuk Anak Dalam Islam


Kekal Sehingga Akhirat.

Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.
.
Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.
Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
.

Hari Memberi Nama

Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW;

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)
.
Rasulullah SAW juga pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. yang menceritakan;

وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ: إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ

“Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW, maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
.
Maka, adalah menjadi sunnah, menamakan bayi pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Imam Nawawi dalam al-Azkar menegaskan; “Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya”. Manakala Imam Bukhari menjelaskan;“Hadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh, maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya.”
.
.

Menamakan Bayi Yang Meninggal

Jika ditakdirkan bayi mati di dalam perut, gugur atau pun meninggal sewaktu dilahirkan, adalah disunatkan diberikan juga nama kepada mereka. Bersyukur dan terimalah dengan redha atas kematian ini kerana anak-anak yang meninggal sebelum umur baligh adalah mati syahid dan akan menjadi syafaat kepada ibubapanya di akhirat kelak.
.
Allah Ta’ala berfirman kepada Jibril, Alaihis Salaam: “Pergilah dan ambillah ayah-ayah mereka dan ibu-ibu mereka dari mana-mana sahaja mereka berada, lalu serahkanlah mereka kepada anak-anak mereka, kerana sesungguhnya aku benar-benar telah mengampuni dosa-dosa mereka dengan syafaat anak-anak mereka, dan masukkanlah mereka bersama-sama anak-anak mereka masing-masing ke dalam syurga. “
.
.

Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam

Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;
.
a) Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda;

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW;

إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
.
c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.
i)  Sabda Baginda SAW;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
.
ii)  Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW menjawab;

تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ

“Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (iaitu Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu.”   (Riwayat Imam Muslim)


proses kejadian manusia


Kejadian Manusia Menurut Sains


Proses kejadian manusia mengikut teori sains dapat disimplukan seperti rajah di bawah:

Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan menghrungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.

1) Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.

2) Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

3) Tahap fetus
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.


Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya. 

Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar oleh orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang dibuat oleh ibunya sebelum ini.
Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan sosialnya.

Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang memungkinkannya menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.

Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi pun mengakuinya.Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains.Asas sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.

Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia terdiri daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad haiwan.Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan kelihatan. Manusia mempunyai jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi sumber penghayatan rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang difikirkan oleh otak dan dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang lebih dikenali sebagai psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan sosial. Kehidupan sosial inilah yang membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah manusia hidup secara kemanusiaan. 

YA ALLAH .. CIPTAANMU SANGAT SEMPURNA =) Subhanallah ..


PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN



       PERINGKAT SATU


     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

 Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging





PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14

         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.


 PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud


"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14


      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


 PERINGKAT KEEMPAT


IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14


Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
        

   Janin pada usia 12 minggu



PERINGKAT KELIMA


NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.




Janin mendapat makanan melalui uri


 PERINGKAT KE ENAM


NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.

TERFIKIRKAH  AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?

Langkah menyambut anak yang baru dilahirkan



  • Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu,maka adalah diperlukan untuk membersihkan/dimandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat. Selalunya amanah membersihkan anak yang baru lahir itu adalah di bawah tanggungjawab jururawatbidanbapa anak atau mereka yang penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan meyempurnakan tugasan itu. Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih.
  • Sunat/Sunnah memberi ucapan tahniah dan mengembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak.Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada siibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim dikalangan mereka. Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa hadiah,hamper,bunga-bungaan ataupun wang saguhati kepada penimang anak.
  • Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut. Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja.Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.
  • Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan.Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar)(selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama, Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.
  • Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik.Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali.
  • Mencukur rambut Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islamtetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut
  • Sunat "Aqiqah" bagi anak baru lahir.Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu,kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi(lebih afdhal(yang lebih baik)dilakukan pada hari ketujuh)sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.Kurban yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan pelbagai faedah yang lain.Kurban Aqiqah dapat meninggalkan kesan psikologi pada anak kecil yang baru lahir agar dia dapat merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan masyarakat selain menggembleng perasaan kecil agar mampu berkorban dan redha dengan ketentuan Allah.Atucara ini biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti mengunting rambut bayi,Nasyidselawat,bacaan Al-Quransolat sunat syukur,bacaan Yassin dan Tahlil Kesyukuran.Perbuatan menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan dihadapan mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum majlis berlangsung.Makanan dan minuman turut diberikan pada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu.
  • Sunat (berkhatan/berkhitan/bersunat).Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki.Namun begitu sesetengah Ulama menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkat(Sunat yang amat dituntut oleh syariat Islamiah).Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah.Para saintis moden telah menggalakkan khata kepada semua umat manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS.Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur antara umur 8 hingga 12 tahun boleh disunatkan oleh Tok Mudim manakala kanak-kanak lelaki dibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan boleh disunatkan oleh Doktor dan Bidan yang berkebolehan.Bagi kes kanak-kanak dan orang dewasa Muslim yang mencecah umur 13 tahun dan keatas pilihan melaksanakan kewajipan berkhatan boleh ditentukan untuk dilaksanakan oleh Doktor atau Mudim mengikut kehendak dirinya dengan syarat tidak menimbulkan syahwat dan pelaksana pembedahan adalah mereka yang sama jantina atau muhrim.Sesetengah Ulama juga menafsirkan hukuman bagi lelaki Muslim yang tidak berkhatan adalah dihukum bunuh.Bagi melaksanakan ibadah berkhatan ini,pengetahuan dalam bidang perubatan perlu ada pada pelaksana pembedahan serta Ibadah khatan boleh dilakukan selepas diadakan majlis kesyukuran.

[sunting]